Tuesday, October 19, 2010

Hipocrisy : Menegur


Bila beramai-ramai, tiba-tiba seseorang akan berkata, “Aku bukanlah nak mengata ke apa, (ayat permulaan tipikal bila seseorang nak mula mengumpat) tapi aku rasa tak baiklah si X buat macam tu dekat si Y”. Kononnya diakhiri dengan muka konon-konon tak sure dan serba salah supaya lakonan diterima oleh para pendengar.

Tahniah, anda telah berjaya merasmikan opening untuk sesi mengumpat si X.

Yang lain pun tiba-tiba buat muka concerned padahal dalam hati semua pakat gembira dapat peluang nak mengumpat si X, sebab mungkin mereka jugak secretly dengki dengan X.

Sesi mengumpat diakhiri dengan senyuman pura-pura concerned yang sebenarnya senyuman puas kerana gembira dapat meluahkan segala ketakpuasan ketidakpuashatian terhadap si  X, menghasut orang lain dan masih nampak seperti seorang kawan yang caring dan bermoral tinggi.

Kalau betul-betul concerned, cakap direct je kat kawan kamu. Tu kalau niat kamu memang nak dia berubah atau rasa apa yang dia buat salah, tegur dia, bukan mengumpat dia dengan kawan-kawan yang lain. Kalau tak berani atau rasa bukan hak untuk kamu untuk masuk campur, diam je.

Yang aku tak paham, kalau nak mengumpat, kenapa kena buat-buat macam sesi usrah mengenangkan kerosakan akhlak generasi muda? Masing-masing menggunakan peluang tu untuk menceritakan keburukan X, bagaimana mereka lebih bagus dari X. Dan tak ada manfaat pun sebenarnya. Pasal konon nak menegur, tapi si X tak tau apa-apa. Nak mengumpat, mengumpat jelah.

Tau apa yang lagi keji dari mengumpat? Mengumpat tapi buat-buat macam tengah berbuat sesuatu yang mulia. Biasa la manusia kan. Betul pe yang mama aku cakap. "Selalunye rakan kat depan kita senyum, tapi yang kat belakang tu mesti akan dengki"

No comments:

Post a Comment