Monday, October 18, 2010

Israel Forever

Israel kata mereka mempertahankan diri. Maka, perlu menembak MATI pengganas yang menyerang mereka.
Israel kata penumpang kapal Mavi Marmara bukanlah aktivis keamanan. Tetapi, pengganas atau terrorist yang ada link dengan al-Qaeda, Hamas dan sebagainya.
Israel dakwa kapal itu bukan setakat membawa bantuan kemanusiaan, tetapi turut membawa senjata untuk di bekalkan kepada Gaza.
Komando Israel telah di serang dengan batang besi, pisau, kayu dan kerusi. Di belasah dengan teruk, dan mereka bersyukur kerana tiada seorang komando yang mati dalam operasi mencegah keganasan tersebut.
Jurucakap kerajaan Israel mendakwa, tentera Israel perlu memeriksa Mavi Marmara kerana kapal itu menceroboh Israel secara haram. Maka penumpang Mavi Marmara adalah pendatang haram.

Maka, kesimpulannya, Israel berhak menembak mati penumpang Mavi Marmara sebagai langkah protection.

Gua nak tergelak. Tapi, gua cuba tahan.


  • Pengganas? Kalau aktivis itu ialah pengganas. Dah lama mereka bawak AK-47, terus tembak masa komando Israel turun dari helikopter. Takpun bawak bomb letupkan diri masa askar turun.
  • Mavi Marmara nak menuju ke Gaza, bukan nak menuju ke Hebron atau mana-mana kawasan Israel. Gaza adalah kawasan Palestine. Israel tidak berhak meghalang Mavi Marmara.
  • Baiklah, komando Israel mempertahankan diri. Mempertahankan diri perlu sampai menembak mati 16 orang? 
  • Kayu, besi, kerusi, pisau dan mungkin juga keris lawan dengan MP5, Sub- Machine Gun dan Desert Eagle. Fair ke?
  • Aktivis tak perlu mempertahankan diri ke bila ada komando turun dari helikopter hendak rampas kapal? Tak perlu mempertahankan diri bila ada sniper Israel tembak aktivis dari kapal lain? Nak duduk diam biar komando tibai sampai lunyai?
  • Mavi Marmara belum masuk lagi dalam perairan Israel, masih lagi di perairan antarabangsa. Boleh ke komando Israel rampas kapal yang bukan dalam kawasannya? Lanun boleh lah.
  • Ada komando Israel mati ke? Takde sorang yang mati. Luka-luka tu biasalah. Tapi, ada 16 aktivis mati. Fair?

Benda ni tak ubah seperti rally, demonstrasi, tunjuk perasaan dan mobster. Seperti contoh, 'polis dan tentera terpaksa menembak penunjuk perasaan bagi mempertahankan diri'. Israel ni pun cakap putar belit dah macam Karpal Singh dan Anwar Ibrahim.

No comments:

Post a Comment