Tuesday, October 19, 2010

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Hidup sebagai warga kota adalah tidak lengkap kalo tidak sekali dua lu naik segala macam pengangkutan awam seperti teksi, bas, elarti, komuter, kereta sewa jiran, atau apa juga segala yang bersifat awam..

tapi terlalu banyak menaiki pengangkutan awam, lu akan dapat detect satu benda yang sangat celaka..bila lu naik keretapi..

sepanjang idup bila gua naik keretapi, blom penah lagi gua tak dengar pengumuman camnu..

"HARAP MAAF KEPADA PENUMPANG SEMUA..TREN MENGHALA KE (isi tempat kosong dengan destinasi lu nak pegi)TELAH MENGALAMI KELEWATAN KERANA MASALAH TEKNIKAL..TREN TERSEBUT DIJANGKA AKAN LEWAT..bla bla bla..


berbulan gua naik keretapi, sepanjang kali gua nak naik, mesti kena dengar petikan tadi..gua dah anggap macam itu such a way untuk mereka ucapkan SELAMAT DATANG dah kot..

tapi,oleh kerana gua bersangka baik, gua cuma syak ada 3 kemungkinan..


POSSIBILITY 1 : Kemungkinan tren itu memang macam dikatakan, mengalami masalah teknikal..mereka maklum..pengguna pon maklum..cuma mereka terlalu ignorance untuk amek tau tentang masalah tren tu..atau terlalu ignorance pada pelanggan..ntah..

senang kata,ia seolah berkata,tren rosak?owwhhhhh..dah rosak rupanya..


POSSIBILITY 2 : mereka takde kepakaran nak betulkan tren tu..depa cuma beli tren tu..dah terus anggap macam tren tu bleh guna sampai kiamat..selagi boleh,guna..kalo tak bleh gerak,kita tolak ramai2

senang kata,ia seolah kata,tengok tayar macam cukup jek..ok lagi niii...


POSSIBILITY 3 : depa dah guna skrip tu bertahun2..asal lambat,cakap jelah rosak..apa ada hal..diorang buat camne pon,tetap lu semua kena naik keretapi jugak nak pegi tempat keja kan?
jadi kalo diorang lewat pon,lu tetap akan tunggu..

senang kata,diorang seolah berkata..nak naik ke tak?kalo taknak sudah..gua banyak pengguna lain..



apa juga possibiliti yang dipilih,tetap gua kalah..kecuali kalo syarikat tu ada hati nak tingkatkan servis diorang..
orang KTM,sila buktikan dan buat gua percaya semua ni salah..


ps : kepada mama gua,pasal sebab inilah gua lambat..serius mama, nak dapatkan keretapi sebijik sekarang,ngalahkan tangkap lalat guna chopstick..terpaksalah gua amek keputusan pasrah bila diradiokan kerana beliau sudah menunggu distesen sekian lama.

ok tak mama?

No comments:

Post a Comment